Friday 13 September 2013

Mungkin tak ada jodoh.

Assalammualaikum. Hi semua, lama tak updated. Busy memanjang PMR pun dah dekat. Oka,kalau aku datang sini mesti ada benda nak story right? Ni pasal AZ. AZ ex aku yang dah lama. Ex aku sebelum HK. Lepas 4 kali aku getback dengan HK, aku dah putus asa dengan HK. Aku dah taknak bagi peluang lagi. Aku cuma bina hidup baru tanpa HK. Dalam masa yang sama, AZ datang balik dalam hidup aku. Dia minta getback dengan aku. Aku sendiri tak tahu nak terima ke taknak. Aku keliru. Tapi bila memikirkan HK, baik aku getback dengan AZ. Aku taknak HK datang cari aku lagi, aku tahu aku seksa perasaan dia. Aku couple balik dengan AZ pada tarikh 12- 8- 2013. AZ janji, takkan ulang benda lama. Takkan ada PEREMPUAN lain macam dulu. Takkan GAME aku lagi. Aku terima dia. Aku terima dia dan berharap kata kata dia benar. Dan berharap janji dia bukan janji palsu macam dulu dulu.
So, esok bila aku cerita kat kawan aku, kawan- kawan aku kata aku BODOH sebab terima dia semula. Teruk dia buat kat aku DULU. Aku tak nafikan, aku memang sakit hati dengan benda lama yang dia buat kat aku dulu. Dia game aku. Selama 1 bulan 14 hari aku kena tipu dengan dia. Aku kena game hidup hidup macam tu je. Tapi semua tu benda lama, aku cuba untuk lupakan salah dia. Lupakan semua yang pernah aku alami masa bersama dia dulu. Semua tu memang bukan mudah nak lupa tapi aku usahakan untuk lupa. Aku tahu aku boleh bahagia dengan dia kalini. Kali kedua ni aku tahu aku boleh bahagia dengan dia. 
Masa couple, aku ingat dia ok. Aku ingat perangai dia macam dulu. Perangai macam dulu yang selalu TEXT aku, PUJUK aku bila aku MERAJUK, tak pernah PUTUS ASA dalam relay, terlampau SWEET, tapi semua tu dah tak ada. Dia berubah 100%. Aku cuba terima dia yang baru walaupun aku tahu aku takboleh. Dia kata "Biy memang berubah tapi biy tetap sayang punya kan?" Dia kata macam tu. I remember all words you said to me babe. All. So aku pun cuba tenangkan diri aku. Aku cuma nak bahagia dengan dia. Aku taknak paksa dia jadi yang dulu. Aku sayang dia, aku sepatutnya terima dia seadanya. Aku cuma fikir positif. 
Pada hari seterusnya, dia dah jarang text aku. Aku nak call dia pun dia kata dia ada hal bagai. Ok, aku paham dia nak study lagipun masa tu trial dah dekat. Aku beri masa kat dia. Beri masa kat dia untuk study. Aku pun takde benda nak buat so aku online twitter aku. Aku tweet jeh apa aku rasa. Aku tweet pasal perasaan aku. Aku bukan jenis yang suka mengadu masalah dengan member, jadi bila pendam masalah memang rasa sakit sangat. Hanya Allah je yang tahu apa rasa aku waktu tu. Aku sabar. Aku tunggu text dari dia. Aku tak text dia dulu. Dia busy kan. Aku buat lek. Tapi dengan tweet tak puas hati aku tu, dia marah aku. Dia text aku macam ni.
Dia- Macam comel je ayat main aku kau. Hm suka hati kau la. Aku nak study. Sebab na berjaya.. Niat na tanggung kau seumur hidup. Na bagi kau hidup senang dengan aku. Kang merempat tepi jalan merungut pulak. Haih. Manusia kan. Aku memang tak paham perasaan kau. Apa salahnya tahan perasaan tu untuk seketika sebelum kau menjadi milik aku selamanya?? Hm.
Aku- Kalau aku tak paham kau takkan aku biar kau keluar semua. Kau tak text pun aku buat lek je. Aku kata takpe je. Kau buat apa-ii, kau mintak maaf aku kata "takpe" je. Macam tu kau kata aku tak paham kau ke? Aku dah korbankan perasaan aku, nak tengok kau happy. Kau happy sekarang kan? Bagus ah, asalkan kau happy sudah.
Dia- Dah tu yang kau tweet macam tu pehal?? Macam aku kayu je. Hm. Suka hati la. Haihh.
Aku- Memang suka hati aku. Aku memang tak ada siapa kisah sebab tu aku buat suka hati aku je. Kau takpayah terasa lah. Kau takpayah baca pun. Tak penting.
Dia- Cakap macam aku ta ada twitter je. Hm.
Aku- Habis kau cakap aku macam takde perasaan je? Aku buat lek je weh kau buat apa pun aku lek je. Aku tweet je ah apa aku rasa. Salah ke?? Aku nak mengadu kat siapa lagi aku bukan jenis share problem dengan member. Malas nak berdebat. Aku sayang kau. Kau buat lah apa kau nak, nak study ke lepak ke pe kau buat lah. Aku taknak kongkong kau. Kau buat lah apa kau nak.
SAMPAI SITU JE.
So macam tu ah conversation nya. Aku lepaskan apa aku rasa. Marah? Ya memang aku marah. Dia minta couple dengan aku masa dia nak exam? Dia sikit pun tak macam HK. HK kalau sibuk mana pun dia tetap ada masa untuk aku, tapi AZ? Ada? Hm ok. Aku pun cuba paham dia lagi. Aku tak tweet sangat pasal dia. Masa haritu hari isnin, mak aku masuk hospital. Dia lansung tak kisah mak masuk hospital. Aku post dekat WeChat, dia tak baca ke? Dia tak kisah lansung ke? HK dah break dengan aku pun tapi dia tetap ambil berat tentang mak aku. Tapi AZ? Tak lansung. Masa aku jaga mak aku kat hospital, dia lansung tak text aku. Malam malam aku tidur kat hospital, aku tunggu je text dari dia. Tapi tak ada. Aku buka twitter, aku tengok dia tengah sibuk tweet.
Aku pun text lah dia. Aku marah marah. Mana tak marah? Aku ingat dia study ke apa ke. Rupanya tengah sibuk tweet. Dari pagi tak text aku, dia sibuk tweet rupanya. Kadang kadang sampai berapa hari dia tak text aku. Siapa yang tak paham siapa sekarang ni? Bila dah lama tak text aku tu, tuptup datang datang "MINTAK MAAF" kat aku. Tu je dia tahu. Berapa kali dah dia mintak maaf dekat aku sebab benda yang sama. :') Aku? Aku kata OK, TAKPE je. Tu je aku mampu kata. Aku cakap TAKPE sebab aku taknak kehilangan dia buat kali kedua. Cukup lah selama ni aku menangis sebab dia. Aku taknak.
Pastu pada keesokan hari, aku tengok tweet dia. Dia ada unmention dengan budak perempuan ni. Siap panggil BABY BABY lagi. Dia panggil budak tu BABY MIEYRA, budak perempuan tu panggil dia BABY JAWA. "Ya Allah, aku nak buat apa ni? Aku nak buat apa lagi? Aku patut senyap je ke?" Macam macam aku fikir. Aku text dia. "Comelnya perangai panggil perempuan lain BABY :) bye" Dia tak balas, dia balas kat DM twitter, Dia kata "tu gurau je lah, haihh" GURAU? Haha, gurau? Pandai awak bergurau? Gurau apa ni namanya sampai panggil BABY BABY? Gurau bangla ke? Aku buat lek, macam biasa aku pujuk diri aku sendiri. Pujuk hati supaya buat lek, "Ingat ena, jaga relay ni. Ni baru permulaan" Aku cuma fikir cemtu.
Tapi makin lama, makin aku taktahan. Aku ni siapa bagi dia? Aku ni mainan ke? Aku ni patung? Dia makin kerap panggil perempuan tu BABY. Dia tak rasa bersalah lansung ke buat aku macam ni? "Awak, awak tak sedar ke saya siapa?" Dah macam macam aku korban kan untuk dia. Perasaan? Rindu? Semua aku korbankan hanya untuk kau, kau nak apa lagi? Aku bukan patung, aku ada perasaan. Selama ni, aku buat LEK. Buat DUNNO je sebab nak jaga hati kau. Tapi sekarang hati aku dah tak TERJAGA. Aku putus asa. Pada tarikh 8- 9- 2013 aku mintak break. Dia kata "OK" je. :') Ya Allah, aku taktahu nak cakap cane. Perasaan aku tak tergambar dah waktu tu. Aku rasa diri aku BODOH, TAK BERGUNA. Hari hari aku doakan untuk hubungan kita. Aku kuat sebab aku berdoa. Tapi lama lama doa tu dah tak dapat bantu aku. Aku lemah.
Lepas break, kau terus menghilang. Kau tweet pasal budak perempuan tu setiap hari. Kau tweet pasal BABY kau tu hari hari. Kau happy, sebaliknya aku? Aku menangis tetiap hari, fikirkan kau. Apa salah aku Ariff? Apa salah aku sampai ceni aku dapat. Kenapa kau GAME aku lagi sekali. Kenapa kau muncul balik dalam hidup aku? Kenapa kau ambil hati aku balik tapi kau ada niat nak buang hati aku? Kenapa kau kejam terhadap perasaan aku? Kenapa aku selalu mangsa kau? Betul kata kawan- kawan aku. Aku memang BODOH sebab terima kau semula dalam hidup aku. Aku ingat kau boleh berubah. Tapi, perangai kau tetap sama. Tetap SAKAI macam dulu. :) Terima kasih Ariff. Terima kasih sebab lukakan aku lagi sekali. Terima kasih untuk GAME ni. Tahniah, kau menang lagi kalini. Aku patut MOVE ON. Sini bukan tempat aku. GAME kau memang aku tak boleh join. Aku tahu akan kalah. Thanks for all.
Semuanya dah berakhir, aku harap kau sedar kesilapan kau. Selagi nyawa aku masih ada, selagi tu doa aku tak putus untuk kau. Walaupun aku nak tengok kau bahagia, tapi aku tetap nak kau sedar aku tak pernah bahagia tengok kau bahagia dengan perempuan lain. Benda ni, aku akan ingat sampai bila bila. Thanks. 
Assalammualaikum. Xx

1 comment:

  1. sabar keyh maybe dye bukan yg terbaik untuk awak :) because tuhan kan menguji kite sebelum dia beri org yg benar2 cinta dan syg kan awak sepenuh hati dia dan niat nye kerana Allah. dan bukan kerana paras rupe dan harta bende so be carefull about this girls :)

    ReplyDelete