Friday 13 September 2013

Mungkin tak ada jodoh.

Assalammualaikum. Hi semua, lama tak updated. Busy memanjang PMR pun dah dekat. Oka,kalau aku datang sini mesti ada benda nak story right? Ni pasal AZ. AZ ex aku yang dah lama. Ex aku sebelum HK. Lepas 4 kali aku getback dengan HK, aku dah putus asa dengan HK. Aku dah taknak bagi peluang lagi. Aku cuma bina hidup baru tanpa HK. Dalam masa yang sama, AZ datang balik dalam hidup aku. Dia minta getback dengan aku. Aku sendiri tak tahu nak terima ke taknak. Aku keliru. Tapi bila memikirkan HK, baik aku getback dengan AZ. Aku taknak HK datang cari aku lagi, aku tahu aku seksa perasaan dia. Aku couple balik dengan AZ pada tarikh 12- 8- 2013. AZ janji, takkan ulang benda lama. Takkan ada PEREMPUAN lain macam dulu. Takkan GAME aku lagi. Aku terima dia. Aku terima dia dan berharap kata kata dia benar. Dan berharap janji dia bukan janji palsu macam dulu dulu.
So, esok bila aku cerita kat kawan aku, kawan- kawan aku kata aku BODOH sebab terima dia semula. Teruk dia buat kat aku DULU. Aku tak nafikan, aku memang sakit hati dengan benda lama yang dia buat kat aku dulu. Dia game aku. Selama 1 bulan 14 hari aku kena tipu dengan dia. Aku kena game hidup hidup macam tu je. Tapi semua tu benda lama, aku cuba untuk lupakan salah dia. Lupakan semua yang pernah aku alami masa bersama dia dulu. Semua tu memang bukan mudah nak lupa tapi aku usahakan untuk lupa. Aku tahu aku boleh bahagia dengan dia kalini. Kali kedua ni aku tahu aku boleh bahagia dengan dia. 
Masa couple, aku ingat dia ok. Aku ingat perangai dia macam dulu. Perangai macam dulu yang selalu TEXT aku, PUJUK aku bila aku MERAJUK, tak pernah PUTUS ASA dalam relay, terlampau SWEET, tapi semua tu dah tak ada. Dia berubah 100%. Aku cuba terima dia yang baru walaupun aku tahu aku takboleh. Dia kata "Biy memang berubah tapi biy tetap sayang punya kan?" Dia kata macam tu. I remember all words you said to me babe. All. So aku pun cuba tenangkan diri aku. Aku cuma nak bahagia dengan dia. Aku taknak paksa dia jadi yang dulu. Aku sayang dia, aku sepatutnya terima dia seadanya. Aku cuma fikir positif. 
Pada hari seterusnya, dia dah jarang text aku. Aku nak call dia pun dia kata dia ada hal bagai. Ok, aku paham dia nak study lagipun masa tu trial dah dekat. Aku beri masa kat dia. Beri masa kat dia untuk study. Aku pun takde benda nak buat so aku online twitter aku. Aku tweet jeh apa aku rasa. Aku tweet pasal perasaan aku. Aku bukan jenis yang suka mengadu masalah dengan member, jadi bila pendam masalah memang rasa sakit sangat. Hanya Allah je yang tahu apa rasa aku waktu tu. Aku sabar. Aku tunggu text dari dia. Aku tak text dia dulu. Dia busy kan. Aku buat lek. Tapi dengan tweet tak puas hati aku tu, dia marah aku. Dia text aku macam ni.
Dia- Macam comel je ayat main aku kau. Hm suka hati kau la. Aku nak study. Sebab na berjaya.. Niat na tanggung kau seumur hidup. Na bagi kau hidup senang dengan aku. Kang merempat tepi jalan merungut pulak. Haih. Manusia kan. Aku memang tak paham perasaan kau. Apa salahnya tahan perasaan tu untuk seketika sebelum kau menjadi milik aku selamanya?? Hm.
Aku- Kalau aku tak paham kau takkan aku biar kau keluar semua. Kau tak text pun aku buat lek je. Aku kata takpe je. Kau buat apa-ii, kau mintak maaf aku kata "takpe" je. Macam tu kau kata aku tak paham kau ke? Aku dah korbankan perasaan aku, nak tengok kau happy. Kau happy sekarang kan? Bagus ah, asalkan kau happy sudah.
Dia- Dah tu yang kau tweet macam tu pehal?? Macam aku kayu je. Hm. Suka hati la. Haihh.
Aku- Memang suka hati aku. Aku memang tak ada siapa kisah sebab tu aku buat suka hati aku je. Kau takpayah terasa lah. Kau takpayah baca pun. Tak penting.
Dia- Cakap macam aku ta ada twitter je. Hm.
Aku- Habis kau cakap aku macam takde perasaan je? Aku buat lek je weh kau buat apa pun aku lek je. Aku tweet je ah apa aku rasa. Salah ke?? Aku nak mengadu kat siapa lagi aku bukan jenis share problem dengan member. Malas nak berdebat. Aku sayang kau. Kau buat lah apa kau nak, nak study ke lepak ke pe kau buat lah. Aku taknak kongkong kau. Kau buat lah apa kau nak.
SAMPAI SITU JE.
So macam tu ah conversation nya. Aku lepaskan apa aku rasa. Marah? Ya memang aku marah. Dia minta couple dengan aku masa dia nak exam? Dia sikit pun tak macam HK. HK kalau sibuk mana pun dia tetap ada masa untuk aku, tapi AZ? Ada? Hm ok. Aku pun cuba paham dia lagi. Aku tak tweet sangat pasal dia. Masa haritu hari isnin, mak aku masuk hospital. Dia lansung tak kisah mak masuk hospital. Aku post dekat WeChat, dia tak baca ke? Dia tak kisah lansung ke? HK dah break dengan aku pun tapi dia tetap ambil berat tentang mak aku. Tapi AZ? Tak lansung. Masa aku jaga mak aku kat hospital, dia lansung tak text aku. Malam malam aku tidur kat hospital, aku tunggu je text dari dia. Tapi tak ada. Aku buka twitter, aku tengok dia tengah sibuk tweet.
Aku pun text lah dia. Aku marah marah. Mana tak marah? Aku ingat dia study ke apa ke. Rupanya tengah sibuk tweet. Dari pagi tak text aku, dia sibuk tweet rupanya. Kadang kadang sampai berapa hari dia tak text aku. Siapa yang tak paham siapa sekarang ni? Bila dah lama tak text aku tu, tuptup datang datang "MINTAK MAAF" kat aku. Tu je dia tahu. Berapa kali dah dia mintak maaf dekat aku sebab benda yang sama. :') Aku? Aku kata OK, TAKPE je. Tu je aku mampu kata. Aku cakap TAKPE sebab aku taknak kehilangan dia buat kali kedua. Cukup lah selama ni aku menangis sebab dia. Aku taknak.
Pastu pada keesokan hari, aku tengok tweet dia. Dia ada unmention dengan budak perempuan ni. Siap panggil BABY BABY lagi. Dia panggil budak tu BABY MIEYRA, budak perempuan tu panggil dia BABY JAWA. "Ya Allah, aku nak buat apa ni? Aku nak buat apa lagi? Aku patut senyap je ke?" Macam macam aku fikir. Aku text dia. "Comelnya perangai panggil perempuan lain BABY :) bye" Dia tak balas, dia balas kat DM twitter, Dia kata "tu gurau je lah, haihh" GURAU? Haha, gurau? Pandai awak bergurau? Gurau apa ni namanya sampai panggil BABY BABY? Gurau bangla ke? Aku buat lek, macam biasa aku pujuk diri aku sendiri. Pujuk hati supaya buat lek, "Ingat ena, jaga relay ni. Ni baru permulaan" Aku cuma fikir cemtu.
Tapi makin lama, makin aku taktahan. Aku ni siapa bagi dia? Aku ni mainan ke? Aku ni patung? Dia makin kerap panggil perempuan tu BABY. Dia tak rasa bersalah lansung ke buat aku macam ni? "Awak, awak tak sedar ke saya siapa?" Dah macam macam aku korban kan untuk dia. Perasaan? Rindu? Semua aku korbankan hanya untuk kau, kau nak apa lagi? Aku bukan patung, aku ada perasaan. Selama ni, aku buat LEK. Buat DUNNO je sebab nak jaga hati kau. Tapi sekarang hati aku dah tak TERJAGA. Aku putus asa. Pada tarikh 8- 9- 2013 aku mintak break. Dia kata "OK" je. :') Ya Allah, aku taktahu nak cakap cane. Perasaan aku tak tergambar dah waktu tu. Aku rasa diri aku BODOH, TAK BERGUNA. Hari hari aku doakan untuk hubungan kita. Aku kuat sebab aku berdoa. Tapi lama lama doa tu dah tak dapat bantu aku. Aku lemah.
Lepas break, kau terus menghilang. Kau tweet pasal budak perempuan tu setiap hari. Kau tweet pasal BABY kau tu hari hari. Kau happy, sebaliknya aku? Aku menangis tetiap hari, fikirkan kau. Apa salah aku Ariff? Apa salah aku sampai ceni aku dapat. Kenapa kau GAME aku lagi sekali. Kenapa kau muncul balik dalam hidup aku? Kenapa kau ambil hati aku balik tapi kau ada niat nak buang hati aku? Kenapa kau kejam terhadap perasaan aku? Kenapa aku selalu mangsa kau? Betul kata kawan- kawan aku. Aku memang BODOH sebab terima kau semula dalam hidup aku. Aku ingat kau boleh berubah. Tapi, perangai kau tetap sama. Tetap SAKAI macam dulu. :) Terima kasih Ariff. Terima kasih sebab lukakan aku lagi sekali. Terima kasih untuk GAME ni. Tahniah, kau menang lagi kalini. Aku patut MOVE ON. Sini bukan tempat aku. GAME kau memang aku tak boleh join. Aku tahu akan kalah. Thanks for all.
Semuanya dah berakhir, aku harap kau sedar kesilapan kau. Selagi nyawa aku masih ada, selagi tu doa aku tak putus untuk kau. Walaupun aku nak tengok kau bahagia, tapi aku tetap nak kau sedar aku tak pernah bahagia tengok kau bahagia dengan perempuan lain. Benda ni, aku akan ingat sampai bila bila. Thanks. 
Assalammualaikum. Xx

Tuesday 25 June 2013

Bahagia awak, bahagia saya.

Assalammualaikum. Mula kan dengan Bismillahhirahmanirahim. Apa khabar semua? Sihat? Harap sihat sahaja. How about haze at your country guys? Cameron Highlands sekarang didatangi oleh jerebu. And dada aku senak masa kat sekolah tadi, susah nak bernafas mungkin disebabkan oleh jerebu tu. Baiklah, sebenarnya aku datang sini sebab nak Re-  Updated entry semalam sebab annoying sangat. Omg. -.- Haha. Okay aku nak updated pasal HK. Sebelum ni ad entry pasal ex, ada nama HK kat situ. Kalau rajin baca lah okay. But sekarang please tumpukan dekat sini haha macam ada orang baca? #ForeverAlone :p
Baiklah aku nak start cerita. Semalam harinya, aku break dengan HK. Sad mah, but tak apa ada sebab kenapa aku minta break and bukan saja saja. Mula mula, aku bergaduh dengan dia. Macam biasa dia pujuk aku, ermh tapi aku tak layan sangat. And aku stop WeChat dengan dia. And lepas aku tak balas tu, dia pun tak balas em kenapa wak? Nampak sangat dia tak ikhlas pujuk aku. Malam tu aku dah hilang sabar and aku pun minta break pada 24- 6- 2013 pukul 10: 00 malam. Tepat 10 malam. Aku minta break and macam biasa dia terima dengan seadanya. Hm awak tak sedar ke saya minta break untuk awak pertahan kan hubungan ni. Kenapa saya tak pernah nampak kesungguhan awak dalam relay ni? Mana kesungguhan awak yang dulu tu? Sabar and terus sabar.
Malam semalam aku sedih gila, nak kata nangis tak ah cuma sunyi. Takde orang nak text, takde orang nak merajuk dah dengan aku, takde orang nak kenakan aku lepas ni. Dalam dua bulan kita couple putus couple putus, dah macam macam kita lalui. 4 kali couple kan hurm i still love you dude, i'm sorry. Masa kat sekolah pun, aku tunjuk happy jeh, macam biasa ah hahaha. Muka aku kan jenis muka senyum tapi tak apa ah bila ada masa cenggini, masa terluang macam ni, aku akan luangkan masa aku untuk flashback memories kita yang bertimbun timbun tu. Saya selalu merajuk dengan awak, saya bukan mengada ngada, saya nak tengok sampai tahap mana awak boleh tahan dengan saya. Malangnya awak lansung tak pujuk aih siall lah jaiiii :'< Aku mana boleh tahan rindu bruhhh. Kau yelah, kau lelaki. 
Now I be a girl with a fake smile. Everyday, everyday, smile smile smile. :) And who knows inside my heart? Only Allah s.w.t :'] Aku terfikirkan kau, yaaa setiap masa. Ini yang kali terakhir, aku tahu kau tahu yang ni last kan. Sebenarnya dulu masa kita break buat kali ketiganya, aku memang dah tanak terima kau semula sebab hati ni dah takboleh terima orang yang sakitkan hati aku. Tapi aku takboleh, kau asyik text aku. Aku asyik teringatkan kau jeh weh. Masa kali ke- empat couple aku memang terima kau, aku happy sangat dengan kau dan aku harap kau yang terakhir buat aku. Betullah apa mak kata, kita takleh percaya kat cinta laman sosial ni. Memang takleh percaya um. Sekarang, setiap apa yang aku buat, setiap apa yang aku fikir, mesti aku fikirkan kau. Kau sihat ke tak, makan ke belum, macam macam ah. :')
This is the last time I cried because boy. InsyaAllah, i really hope. HK, kau mungkin bukan yang pertama and bukan yang terakhir, tapi aku akan jadikan kau kenangan terindah dalam hidup aku memandang aku tak pernah getback dengan ex ex aku yang sebelum ni and aku taktahu kenapa dengan kau boleh. Matlamat hidup aku, takkan pernah getback dengan ex, tapi aku dah langgar kamus hidup aku hanya sebab kau. Takutnya aku nak bercinta lepas ni. :') I don't want to be a girl who cry for same thing again. Please, i really don't want. 
Saya nak sangat ada dengan awak sekarang, saya nak usap rambut awak tu hm kalau boleh lah teringin sangat. :') Saya teringin nak sweet sweet dengan awak, hurm. :'< Tapi takpa mungkin ni cinta monyet eh kan? Saya cuma nak awak bahagia walaupun saya derita kat sini. Saya nampak awak dah jumpa pegganti, and M tu bertuahnya dia awak. Jaga dia elok elok yaa, saya dah takboleh jaga awak. Saya cuma boleh doakan awak jeh kat sini. :]
Ni pesanan untuk pegganti saya nanti k dear HK :')
* Jaga HK baik baik.
* Tolong paham dia, dia selalu sibuk. 
* Tolong jangan serious sangat bila couple dengan dia, sebab dia kepala gila gila and masuk air. xD
* Jaga makan minum dia.
* Jangan curang belakang dia.
* Jangan tipu dia.
* Tolong selalu otp.
* Jangan buat dia sedih.
* SAYANG DIA MACAM SAYA SAYANG DIA OK? GOOD.

NEVERMIND, I'LL FIND SOMEONE LIKE YOU.
I WISH NOTHING BUT THE BEST, FOR YOU TOO.
DON'T FORGET ME, I BEGGED.
I REMEMBER YOU SAY.
SOMETIME IT LASTS IN LOVE BUT SOMETIME HURT INSTEAD. :]
From my little heart, sincerely. Assalammualaikum.



Saturday 8 June 2013

Ex.

Hi assalammualaikum. Menaipnya aku disini kerana tiada pensil. Kehkeh, baiklah nampak title bukan? Aku yakin semua orang ada ex dan aku juga ada. Aku ada yes aku ada. HK. Aku tanak bgtahu nama dia sbb dirahsiakan okay. Tanak siapa tahu nanti korang tahu, korang nak ambil dia pula. :p Haaa, tapi aku kena sedar dia bukan aku punya lagi. Entry ni sebenarnya aku type untuk menghargai jasa ex aku yang selalu layan kerenah aku yang mengada ngada ni. Dia ex aku yang last and aku harap sangat dia milik aku lagi. 
HK aku dengan dia 3 kali couple putus couple putus. Bunyinya pelik, yelah aku tak pernah getback semula dengan ex aku yang sebelum ni jadi awak bertuah sayang, awak sangat bertuah. :') Sebelum HK aku ada couple dengan AZ yeah AZ lelaki yang aku sayang but now dah hilang rasa sayang tu. Aku taksangka betul HK dah boleh ubah hati aku betul- betul tak sangka. Selama ni dah 3 lelaki aku couple untuk lupakan AZ tapi tak berjaya lansung aku pun tak tahu kenapa mungkin sebab aku sayang sangat kat AZ? AZ sweet sangat dia selalu buat aku cair dengan kata kata dia. Tak sangka pula dia penipu besar! Aku takkan percaya  dia lagi. Lepas tu HK minta couple 28- 4- 2013 yes aku simpan tarikh ni dalam phone aku. Mula mula aku couple dengan HK tanpa sebarang perasaan sayang. Aku couple main main je. And pada tarikh 3- 5- 2013 aku minta break. 
Yes aku gunakan alasan yang aku masih sayangkan AZ. HK nampak betul betul terluka aku taktahu macam mana nak cakap perkara sebenar dengan dia. Dalam beberapa hari aku text dengan dia. Yang buat aku perit, dia asyik nak salahkan diri dia sebab break dengan aku padahal itu salah aku, ya salah aku. Aku kesian tengok HK. So aku minta dengan dia "JOM GETBACK?" Dia terima and aku lega sikit akhirnya dia tak salahkan diri dia lagi. Tapi bila aku dah couple dengan dia balik, dia mula sibuk dengan career dia. Dalam masa yang sama aku dah mula sayang dia. Dalam masa yang sama aku dah tak text dengan AZ aku pun taktahu kenapa perasaan sayang aku kat HK boleh timbul. Mungkin aku dengan dia selalu gaduh and dia selalu lambat pujuk aku. Haha. :'p So aku selalu lah juga mulakan conversation memandangkan dia selalu sibuk. Tapi kadang- kadang kitaorang text juga malam malam. And dia sweet sangat aku sampai menangis baca text dia. Tapi makin hari, makin hari dia makin sibuk. Aku sampai kadang kadang nak nampak batang hidung dia text aku pun takde. Aku mula gelisah, tak tentu arah, ceh :p Haha. Emm, aku tahu HK memang setia. Tapi aku bosan dia tak text aku. and tarikh 17- 5- 2013 aku minta break. Dia kata "OK" What???!!! Okay je? Hm aku tak sedar airmata aku mengalir. Perasaan sayang datang dengan tiba tiba, masa aku minta break, aku harap sangat HK akan pertahankan hubungan aku. Tapi sekali aku minta break dia kata okay jeh aku sedih tapi aku buat happy jeh bila break. Dalam text tu aku kata :- "Hai, awak saya taktahan macam ni, awak asyik sibuk dengan career awak. Saya sumpah tak kesah pasal latar belakang awak semua tapi saya perempuan, saya nak perhatian. Awak cari lah perempuan yang boleh paham jadual padat awak tu okay, kita break. Assalammualaikum." But cuma "OK" yang aku dapat? Fine.

Dalam beberapa hari kitaorang tak text, aku rindu dia SANGAT. Hm aku pun text dia dulu. Masa text text tu, dia kata "Awak jom getback? Saya tak biasa cakap saya awak dengan awak." And aku terima dia pada malam tu juga pada tarikh 28- 5- 2013. Aku happy and aku harap dia berubah. Tapi pada zahirnya dia tak berubah. Dia banyak sibuk juga. Hm tak apa lah weh. Matlamat aku. Ni relay terakhir kita, sampai kali ketiga kita couple kalau break lepas ni dah takde dah. Tu je matlamat aku. So kalini aku jaga relay ni baik baik, merajuk pun tak sangat. Aku sabar dengan kerenah HK. Dia sibuk macam mana pun aku tetap jaga relay ni sbb ni last lepas ni takde dah. Aku saje tanak bagitahu dia aku nak tengok macam mana cara dia jaga relay aku dengan dia yang ketiga kalinya ni. Tapi dia macam dulu, janji dia yang dia kata tanak ulangi lagi tu semuanya palsu je :') Sabar and sabar tiba tiba satu pagi aku bangun aku tak check handset, aku ambil tab terus on twitter konon nak say hello goodmorning kat twitter. Last last aku check phone and aku dapat satu text.
HK- Bby kita break eh :'( biy tnak bby menderita tngu biy lah. Hm
Aku- Jangan panggil aku bby ah, bye.
Aku down sangat tahu tak hm aku harap sangat HK baca entry ni. Aku still sayang dia. Dia suruh aku tunggu dia sampai umur 20 and dia nak kawin dengan awaku 20 lebih. Aku sanggup tunggu dia, tapi aku takut benda yang sama ulang lagi. Aku kalau boleh dah taknak dah semu tu jadi.
Assalammualaikum.

Friday 7 June 2013

Bina Hidup Baru?

Assalammualaikum pembaca blog http://khalilahtaikopunyacerita.blogspot.com/ Milik Khalilah Taiko ni. Baiklah, ini entry yang tiba tiba tergerak hati nak updated. Cantik tak gambar tu? Yaa baju merah tu saya tapi jauh kan? :D Gambar ni ditangkap oleh Sasab kawan saya. Eh btw kenapa saya cakap bersaya saya ni eh? Haha okay stop.
Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku guna blog ni. Sejak dari form 1 kan. Entry blog ni dari mulanya penuh dengan artis, dan mula dengan patah hati, pasal kawan kawan, dan macam2 lagi. Blog ni aku dah anggap macam diari aku sendiri tapi bila tak ada ladtop memang kisah aku, aku tulis dalam diari aku sendirilah. Okay, act aku rindu tahun lepas. 2012 is my fav year. Aku punya kawan semua sporting and best, Dieyna, Husna, Jana, Sabrina and banyak lagi? Dedi and Gigih tahun lepas best sangat em, I can't forget the moment bila kitaorang buat kerja gila sama sama. :')
Sometimes we have to learn to accept the reality.
Yes. Kadang- kadang kita kena belajar terima kenyataan. Maybe tahun lepas cuma akan jadi kenangan. Kenangan terindah dalam hidup aku. Form1 aku banyak diam jugak walaupun selalu hang out, photo shoot w/ Meyra, Mazween, Fatin, Aimi and Atiqah.. Masa tu kitaorang ada pergi tempat sistem kaji cuaca, kat situ sejuk sgt lepas habis temu ramah sempat bergambar. Kenangan kenangan :') But aku tak kisah sangat lah, bukan aku nak cakap moment tu tak awesome, awesome ok! 
Naik form2 pula, aku turun kelas. Pada mulanya, ye aku memang rasa bodoh sangat sebab turun kelas. Sampai setiap malam aku fikir macam mana nak naik kelas balik. Sebab yelah mula mula duduk kelas tu semua buat derk jeh kat aku. Bila dah bulan 2, sikap dorang kat aku buat aku suka kat kelas tu. 2 Dedikasi yeah :') Dorang semua layan aku dengan baik sangat and aku rasa dihargai sebab Dieyna selalu jadi tempat aku share masalah btw, masalah aku pun sebab IH jeh dulu. Oh IH hm dia kisah lama aku and dia tu macam first love aku juga.. Sebab selama ni aku asyik minat dia jehh.
My firstlove broke my heart for the firstime.
Walaupun hati aku dilukai waktu tu, aku tak fikir apa sebab kat samping aku ada member member yang selalu sokong aku. Sebab tu aku sayang member member lagi lagi kat kelas 2 Dedikasi and 2 Gigih. There is nothing special about me, but when I'm with my friends I feel special and appreciated. Dulu masa IH buat derk kat aku kan, aku nak jeh nyanyi cemni ~ Now my heart is breaking, but i just keepin' say Baby baby baby ohhh ~ Haha but tu cuma dalam mimpi okay?
Life is temporary so do not waste your life with tears.
Aku cuma berpegang kepada kata kata ni. So now 2013 i hope this year may have a lot of fun ceh :p Yela dah bulan 6 but aku masih tk rasa apa seronoknya tahun 2013 ni. Hangout pun tak sangat, asyik belajar je? Okay fine yaa aku sedar aku #TeamPMR kan? Haha, okay
To whom will occupy an important exam this year for example UPSR, PMR, SPM, STPM like me, please do the best and wish me well. :)
Assalammualaikum. :)

Monday 1 April 2013

Guess Who?


Hai Guys. Assalammualaikum. Aha Okay New Life Oh Act Lama Dah Tak Update Kan. Aku Update Blog Ni Pun Guna Tab. Tu Ah Semua tulisan Jadi Besar. Hahaha. Hm, Okay Tengok Gambar Siapa Atas. Eee Comel. Oh My English! Jibam Here. Hahaha. Okay Dia Akhmal Nazri A.k.a Jibam. Act Mula Mula Aku Tengok Iklan je Tahu. Pastu Aku Main Main Nak Minat Dia. Tengok Tengok Dah Minat Betul. Haha K Sorry To All Jibamnerz. 
Oh Well, Aku Pun Dah follow twitter Dia. Ni twitter Dia Haaa. 
Haaa Tengok Twitcon Dia, Comel Kan. Banyak Kali Dah K Tweet Dia But Dia Tak Pernah Balas Pun. Hm. *cedih* Then. Ada beberapa sebab Kenapa Aku Suka Tengok jibam Nih. Satu, dia Nerd, Poyo. Kihkih Aku Suka Orang Macam Poyo Cenggini Sebab Orang Poyo Nih Setia, Acehwah~ #JustSaying Dua, Dia Macam Hyperative. Ala Macam Dalam Dibalik Tabir Oh My English. Dia Ada Kata, Jibam Ni Jenis Tenaga Kuda Ok. ;) Haha, Tiga. Dia Asyik Senyum, Mudah gelabah, And Asyik Sibuk Dengan Buku Nota Kecil Dia. Tiga Sebab Tu semua comel Okay. I Really, Really Like Him. Ok Sorry, Hahaha. Terlebih Pulak.
Ni Lagi Satu Gambar Dia.
Tengok. Happy Kan Dia. Aduh, Cairnya tengok Orang Herd Macam Ni xD
"Same Mother, Same Father. Kan Kakak?" HAHA, still Ingat Okay Dialog Tu. Comel, Dua Dua Comel.
And The Last. Haha ish Budak Nerd Ni. Haahaha Kk. Sudah Lah Aku Banyak Berangan Je Haa. 
Haritu Aku Mimpi dia Follow Aku, And Balas Mention Aku.
Haaaa, One Day Aku Harap Semua Jadi Kenyataan.
Heee okay, Tatata. Assalammualaikum. ;)
                     
               #Forteenagers #Jibamnerz ;* ♡







Monday 31 December 2012

New Year, New Life.

Assalammualaikum gais. Heee, dah laam tak sentuh blog kan? Oh busy kemain aku ni. Hm korang acane sihat? Harini datang sebab nak updated pasal NEW YEAR! Hehe. Okay kelmarin, 30-12-2012. Birthday aku. Tak sambut pun. Duduk rumah, makan, online jap pastu tidur. Then, balqis kata nak sambut birthday aku 31-12-2012. Aku ingat tak jadi, oh hee jadi rupanya. Pastu gerak dalam pukul 4. 54 p. m ke rumah Tyqah. @iTyqahPendek. Gerak kat sana dengan Balqis, naik weng weng. Then sampai, call Jana suruh keluar dari rumah. Tyqah pun jemput aku masuk rumah. Masuk je bilik dia, terus ada dua orang budak ni. Haha. @NurSyazanaMajid and @HusnaNasir98. Apa lagi terkejut ah aku. Aku tak sangka dorang pun ada jugak. :'D Happy gegila weh.
Then, tunggu Tyqah mandi jap. Balqis @NurulEzatii pergi ambil Syamie @MeyraHalid kat rumah. Semua dah sampai, tapi Tyqah belum habis mandi lagi haha. Sementara tunggu Tyqah mandi tu, aku text dengan Qayyum. Abang angkat aku. Haha. Gila ah, dah lah time tu tengah gaduh dengan dia. Aku dah banyak kali dah gaduh dengan dia act. Aku sampai nangis ah masa tu en. Aku bg syamie jaa baca text tu, sebab dia beria nak baca. "Apa ni? Birthday Girl mana boleh sedih sedih" Haha. So aku pun kuatkan diri aku. Yelah nak happy happy kan lepas tu. Acewah.
So Balqis hantar aku dulu kat gerai @iTyqahPendek. Lepas tu ambil Tyqah. Then ambil Husna. Haha last sekali bapak lawak. Ada ke 3 orang sekali naik motor. Balqis bawa @NurSyazanaMajid dengan @MeyraHalid terus turun Gerai. Memang gempak naik motor 3 orang. Aku mampu gelak je. Btw time tu aku dah okay dengan Qayyum. Bertambah happy ler. Happy sangat. *tangan dibahu mata ke atas*
Haaa, then sampai kat taman. Nasib memang baik pun time tu. Tadi tkde orang lansung kat taman. Sebab banyak lecak, baru je lepas hujan. Gempak ah kan. Heee, aku orang pertama kena tepung. Teruk gilaa. 
Syazana dengan Syamie bapak payahnya nak kena tepung. Sampai kena kejar satu taman. :'D
Heee, last last.. Tyqah dengan Balqis tangkap Jana. Aku pun baling banyak banyak kat dia. Seronok gila ah.
Then ada Jana pergi perli Goreng pisang dengan Chempedak dekat gerai Mak Tyqah. Okay tu kira kek ah, utk birthday aku. :'D

Even takde hadiah, tapi aku hargai sangat semua ni. :) <3 Lepastu, Balqis kena balik cepat cepat so dia pergi balik dengan motor dia tu haha. Jana, Tyqah, Husna, Syamie ikut balik rumah. Syamie memang rumah dia dekat dengan rumah aku. Haha :p Then, dorang bersihkan diri dorang kat rumah aku. Sampai minta tuala haha, aku mana tahu kan. Dalam bilik air tu, sampai 3 orang masuk. Sementara tu aku sempat mandi. Lepas tu dorang pun balik. :'D
Ni baju aku yang kena tepung. :D Teruk juga kan? Haha. Okay lah baju ni aku tak basuh kot, nak buat kenangan. :p Okay lah.
Untuk, @iTyqahPendek, @NurulEzatii, @MeyraHalid, @HusnaNasir98 @NurSyazanaMajid. Thanks tau ada untuk aku tadi, hilang sikit luka kat hati ni. Hihi sayang korang. :***** 
Assalammualaikum. 

Wednesday 28 November 2012

Rindu Tak Terkata. :')



















Assalammualaikum. Bismillahhirahmanirahhim. Okay well dah nak masuk bulan 12. 
And aku tak sabar nak buka sekolah. Cause aku rindu budak budak aku ah. :'(
Rindu tak terkata, cannot describe. Kalau tak rindu aku tak post tau entry ni.
Kay, gambar gambar kat atas act dah banyak kali kan aku post kat blog ni. -.-
Aku memang nak pst gambar lain tapi sini line tak berapa nak elok but aku cuba kay post lagi gambar.
Sebab aku tahu korang ni pemalas, gerenti malas baca. 
Kay aku paham :'( HAHA.









Okaylah. Tak banyak. *tak banyak kau kata?* HAHA
K, gambar yang atas ni pulak time aku hang dengan dorang yang tersayang. :')
Husna, Syazana, Sabrina.
Aku rindu do time ni, hm aku harap aku boleh undurkan masa.
Tapi semua tu tak boleh.
I WANT MY LIFE BACK!
Pergh jangan mimpi. :')
Waktu hang ni, act gambar aku tak banyak sangat, aku jadi juru gambar dorang bertiga ni haa.
Takpe dorang comel, masuk dalam gambar.
Aku tak comel en, jadi jurugambar cukup xD
Ni pula time hari raya haji. :')
Sebelum exam. 
Seronok, kira nak enjoy dulu laa.
Memang kalau raya ke, cuti ke. Aku dengan sasab selalu gerak brinchang lepak dengan Syazana nd Husna.
I miss them.
Bukan nak kata, dorang je aku rindu. Semua kawan kawan aku rindu.
Aku rindu meja, rindu kerusi. Yelah meja aku kan banyak nama IH. Ops, terbocor rahsia. HAHA.
K, rindu kelas. Rindu dekat tingkap yang aku selalu usha IH.
Rindu masa agama, aku selalu menyanyi. Ustazah pun asyik gelak je. Hewhew. :'(
Rindu masa belajar BM. Cikgu humaizie selalu bagi kitaorang nota.
Lepastu dah salin boleh rehat.
Aku pernah menyanyi dalam kelas cikgu humaizie. Pastu cikgu kata "Awak menyanyi lagi, saya letak awak kat luar. Nyanyi puas puas" Even, ayat dia macam GARANG. But that situation sangat kelakar. :')
Rindu semuanya, taktahu nak kata macam mana.
Mula mula aku masuk form2. Pergh aku memang benci gila kelas 2dedikasi. Memang benci gila.
Tapi dalam bulan 2 tu, aku dah jadi kamching dengan kelas 2Dedikasi. :')
Semuanya kenangan. Aku sayang kelas aku, tahu tak? Macam mana nak undur kan masa semula. *Sedut hingus*
Kadang kadang bila ingat semua kenangan form2. Pergh HAHA. Aku mesti gelak sensorang. Memang. Aku tahu. Gila en. Haha.
Lepak kat luar, memang tak best macam lepak kat sekolah.
Serious, aku dah belajar benda baru and aku baru perasan.
Nangis tu tak ahh, tapi pilu je. Sedih. Rindu. Bengang. Sayang. Semua rasa.
Tapi, yang paling aku rasa sebenarnya RINDU ah.
Hew aku taktahu nak taip apa dah ni. Tak boleh berhenti. TOLONG!!! Jari aku takboleh berhenti menaip. xO 
Mari kelain topik, aku dah banyak merepek. HAHA.
Aku nak hang ah nanti, but korang jauh ah Jana, Hucena :'( Acano.
Jalan nak pergi brinchang jem gila kay, jem gila.
Aku memang bengang gila dengan orang yang dtaang cameron ni. Datang tak diundang, pulang tak dijemput.
*err*
Hm kay laaa. Aku dah banyak merepek ni. Get to go. Bye.
Assalammualaikum. Audios Amigos! :*