Saturday 8 June 2013

Ex.

Hi assalammualaikum. Menaipnya aku disini kerana tiada pensil. Kehkeh, baiklah nampak title bukan? Aku yakin semua orang ada ex dan aku juga ada. Aku ada yes aku ada. HK. Aku tanak bgtahu nama dia sbb dirahsiakan okay. Tanak siapa tahu nanti korang tahu, korang nak ambil dia pula. :p Haaa, tapi aku kena sedar dia bukan aku punya lagi. Entry ni sebenarnya aku type untuk menghargai jasa ex aku yang selalu layan kerenah aku yang mengada ngada ni. Dia ex aku yang last and aku harap sangat dia milik aku lagi. 
HK aku dengan dia 3 kali couple putus couple putus. Bunyinya pelik, yelah aku tak pernah getback semula dengan ex aku yang sebelum ni jadi awak bertuah sayang, awak sangat bertuah. :') Sebelum HK aku ada couple dengan AZ yeah AZ lelaki yang aku sayang but now dah hilang rasa sayang tu. Aku taksangka betul HK dah boleh ubah hati aku betul- betul tak sangka. Selama ni dah 3 lelaki aku couple untuk lupakan AZ tapi tak berjaya lansung aku pun tak tahu kenapa mungkin sebab aku sayang sangat kat AZ? AZ sweet sangat dia selalu buat aku cair dengan kata kata dia. Tak sangka pula dia penipu besar! Aku takkan percaya  dia lagi. Lepas tu HK minta couple 28- 4- 2013 yes aku simpan tarikh ni dalam phone aku. Mula mula aku couple dengan HK tanpa sebarang perasaan sayang. Aku couple main main je. And pada tarikh 3- 5- 2013 aku minta break. 
Yes aku gunakan alasan yang aku masih sayangkan AZ. HK nampak betul betul terluka aku taktahu macam mana nak cakap perkara sebenar dengan dia. Dalam beberapa hari aku text dengan dia. Yang buat aku perit, dia asyik nak salahkan diri dia sebab break dengan aku padahal itu salah aku, ya salah aku. Aku kesian tengok HK. So aku minta dengan dia "JOM GETBACK?" Dia terima and aku lega sikit akhirnya dia tak salahkan diri dia lagi. Tapi bila aku dah couple dengan dia balik, dia mula sibuk dengan career dia. Dalam masa yang sama aku dah mula sayang dia. Dalam masa yang sama aku dah tak text dengan AZ aku pun taktahu kenapa perasaan sayang aku kat HK boleh timbul. Mungkin aku dengan dia selalu gaduh and dia selalu lambat pujuk aku. Haha. :'p So aku selalu lah juga mulakan conversation memandangkan dia selalu sibuk. Tapi kadang- kadang kitaorang text juga malam malam. And dia sweet sangat aku sampai menangis baca text dia. Tapi makin hari, makin hari dia makin sibuk. Aku sampai kadang kadang nak nampak batang hidung dia text aku pun takde. Aku mula gelisah, tak tentu arah, ceh :p Haha. Emm, aku tahu HK memang setia. Tapi aku bosan dia tak text aku. and tarikh 17- 5- 2013 aku minta break. Dia kata "OK" What???!!! Okay je? Hm aku tak sedar airmata aku mengalir. Perasaan sayang datang dengan tiba tiba, masa aku minta break, aku harap sangat HK akan pertahankan hubungan aku. Tapi sekali aku minta break dia kata okay jeh aku sedih tapi aku buat happy jeh bila break. Dalam text tu aku kata :- "Hai, awak saya taktahan macam ni, awak asyik sibuk dengan career awak. Saya sumpah tak kesah pasal latar belakang awak semua tapi saya perempuan, saya nak perhatian. Awak cari lah perempuan yang boleh paham jadual padat awak tu okay, kita break. Assalammualaikum." But cuma "OK" yang aku dapat? Fine.

Dalam beberapa hari kitaorang tak text, aku rindu dia SANGAT. Hm aku pun text dia dulu. Masa text text tu, dia kata "Awak jom getback? Saya tak biasa cakap saya awak dengan awak." And aku terima dia pada malam tu juga pada tarikh 28- 5- 2013. Aku happy and aku harap dia berubah. Tapi pada zahirnya dia tak berubah. Dia banyak sibuk juga. Hm tak apa lah weh. Matlamat aku. Ni relay terakhir kita, sampai kali ketiga kita couple kalau break lepas ni dah takde dah. Tu je matlamat aku. So kalini aku jaga relay ni baik baik, merajuk pun tak sangat. Aku sabar dengan kerenah HK. Dia sibuk macam mana pun aku tetap jaga relay ni sbb ni last lepas ni takde dah. Aku saje tanak bagitahu dia aku nak tengok macam mana cara dia jaga relay aku dengan dia yang ketiga kalinya ni. Tapi dia macam dulu, janji dia yang dia kata tanak ulangi lagi tu semuanya palsu je :') Sabar and sabar tiba tiba satu pagi aku bangun aku tak check handset, aku ambil tab terus on twitter konon nak say hello goodmorning kat twitter. Last last aku check phone and aku dapat satu text.
HK- Bby kita break eh :'( biy tnak bby menderita tngu biy lah. Hm
Aku- Jangan panggil aku bby ah, bye.
Aku down sangat tahu tak hm aku harap sangat HK baca entry ni. Aku still sayang dia. Dia suruh aku tunggu dia sampai umur 20 and dia nak kawin dengan awaku 20 lebih. Aku sanggup tunggu dia, tapi aku takut benda yang sama ulang lagi. Aku kalau boleh dah taknak dah semu tu jadi.
Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment